Presiden DPIM Malaysia : Umat Islam Harus Jihad Ekonomi - INDONISY

Berbagi informasi yang bermanfaat.

Presiden DPIM Malaysia : Umat Islam Harus Jihad Ekonomi

Kesadaran akan kondisi umat islam saat ini dirasakan amat memprihatinkan, sehingga saudara kita di Malaysia menyadarkan umat islam agar bangkit berjihad ekonomi, indonesia sudah menyusul dan mulai banyak yang sadar, semoga ini awal kebangkitan umat islam dunia terutama di asia

selengkapnya berita dibawah ini

IPOH: Umat Islam dan Melayu di negara ini disaran melakukan jihad ekonomi dalam membangunkan semula ekonomi umat melalui wakaf korporat.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, melalui wakaf korporat harta akan diuruskan secara korporat yang pada masa sama mampu menjadi jaring keselamatan kritikal dalam membantu umat Islam.
TAN Sri Muhammad Ali Hashim

"Kaedah wakaf korporat mampu memperkasakan ekonomi umat Islam malah pelaksanaannya juga tidak sukar kerana tidak memerlukan peruntukan kerajaan serta tidak membabitkan pembayar cukai.

"Ia adalah kaedah beribadat dengan menggunakan harta umat Islam, tidak membebankan rakyat malah pemilikan harta akan terus kekal menjadi umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Jihad Ekonomi Memperkasa Umat pada hari ketiga Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini hari ini.

Muhammad Ali yang juga Pengerusi Awqaf Holding Bhd berkata, usaha memperkasa ekonomi ummah melalui jihad ekonomi dengan pelaksanaan wakaf itu boleh dibangunkan di peringkat nasional dan negeri dengan meletakkan institusi wakaf itu jika di peringkat nasional di bawah Majlis Raja-Raja manakala di peringkat negeri di bawah Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Beliau berkata, konsep institusi wakaf korporat yang berperanan membantu ekonomi umat Islam bukanlah satu teori atau slogan kosong kerana sudah wujud dua model pembangunan yang sudah pun dilancarkan di Malaysia dan membuahkan hasil yang cukup positif yang dibangunkannya.

Katanya, penubuhan Wakaf An Nur Corporation yang dibangunkan Johor Corporation kini sudah pun berjaya memiliki aset bernilai melebihi RM780 juta berbanding pada awal penubuhannya iaitu sekitar RM250 juta.

source: http://www.bharian.com.my/node/245314
0 Komentar

* Berkomentar sesuai dengan Artikel.
* Dilarang Sp@m di sini.
* Terima kasih.